blogg Pictures, Images and Photos

Thursday, September 10, 2009

kesan merokok..


Kesan Merokok terhadap
Tubuh Badan Anda


Penghisap rokok seringkali dinasihati bahawa merokok memudaratkan kesihatan mereka. Tetapi, kebanyakkan mereka tidak sedar betapa seriusnya kemudaratan ini serta mengetahui kesan-kesan sebenar.

Merokok & Kesuburan Lelaki
Suatu kajian yang melibatkan 5,000 orang kaum lelaki cina menunjukkan bahawa golongan yang merokok lebih daripada satu paket sehari adalah 60% lebih cenderung mengalami masalah mati pucuk berbanding dengan golongan yang tidak merokok. 1


Merokok & Kehamilan

Kaum wanita yang merokok adalah lebih cenderung megalami kesukaran untuk menghamil, mengalami komplikasi semasa kehamilan serta berisiko tinggi mengalami keguguran bayi. 2

Suatu kajian yang dijalankan di Pusat Perinatal Biologi di California membuktikan bahawa ibu mengandung yang merokok sepanjang tempoh kehamilan mendatangkan impak negatif kepada jantung fetus. 3


Merokok & kesannya terhadap kanak-kanak
Asap rokok pasif (second hand smoke) mampu merosakkan fungsi arteri kanak-kanak, berdasarkan kajian Finnish yang diterbitkan dalam American Heart Association journal Circulation yang melibatkan 400 orang kanak-kanak berusia antara 8 hingga 11 tahun. 4

Selain itu, asap rokok pasif juga mengakibatkan jangkitan pernafasan dan masalah telinga serta serangan asma yang teruk dan berulang di kalangan kanak-kanak. 5

Merokok & Paru-paru anda
Kematian akibat kanser paru-paru adalah 22 kali lebih tinggi di kalangan lelaki dan 12 kali lebih tinggi di kalangan wanita yang merokok berbanding dengan golongan yang tidak pernah merokok.6. Selain daripada kanser paru-paru, 90% kematian akibat penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik dapat dicegah dengan berhenti merokok. 7


Asap Rokok Pasif
(juga dikenali sebagai merokok secara pasif)

Orang-orang di sekeliling perokok juga mengalami impak-impak negatif apabila mereka menghisap asap rokok pasif – Suatu kajian yang dibentangkan di mesyuarat agung Akademi Neurologi Amerika mencadangkan bahawa bagi mereka yang tinggal bersama perokok lebih daripada 30 tahun, mereka adalah 30% lebih mudah mendapat demensia berbanding dengan golongan yang tidak pernah tinggal bersama perokok.8

Lebih-lebih lagi, asap rokok pasif meninggikan risiko serangan jantung, terutamanya bagi golongan berisiko tinggi penyakit jantung. 5


Merokok & Jantung Anda
Risiko diserang strok berganda apabila seseorang individu merokok 9. Dalam suatu kajian yang dijalankan di tujuh negara yang melibatkan golongan berusia antara 40 hingga 59 tahun, menunjukkan bahawa 57.7% daripada golongan yang menghisap 30 batang rokok sehari telah mati selepas 25 tahun berbanding dengan 36.3% daripada golongan yang tidak merokok. 10


2 comments:

yopman said...

Salam sejahtera,

Mata kekadang salah melihat, mulut kekadang tersalah ucap, hati pula kekadang tersalah duga. Justeru, saya memohon maaf di hari mulia kerana tersalah kata dan terkasar bahasa selama kita bertemu atau berkenalan di alam maya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Dzahir dan Batin.

- Yopman
sanasinigitugini.

amiralam said...

tq armoris,,